Selamat datang
kepada semua Renjer Muda Taman. Bertemu lagi kita semula!

Wonders of
Sabah Parks

Program Renjer Muda Taman 2025.

Wonders of Sabah Parks 2025 - Program Renjer Muda Taman

05 Julai

Perasmian

Wonders of Sabah Parks 2025

01-19 Julai

Pertandingan

Pertandingan Poster Infografik.

05-19 Julai

Pertandingan

Pertandingan Kuiz Wonders of Sabah Parks - Tun Mustapha Park

12 Julai

Fun Learning

Fun learning with expert.

31 Julai

Pemenang

Pengumuman pemenang pertandingan.

Multi-Platform Live

Zoom
Facebook
Youtube
Bah, jom daftar sebagai Renjer Muda Taman

Tentatif Program

Perasmian

05 Julai 2025 (Sabtu)

9:30 Pagi

: Pendaftaran para peserta & jemputan

10:00 Pagi

: Majlis bermula - Pengenalan program oleh pengacara majlis

10:10 Pagi

: Ucapan Perasmian oleh
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Christina Liew
Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah

10:20 Pagi

: Tayangan video Wonders of Sabah Parks : Tun Mustapha Park
- Meneroka Khazanah Marin : Geologi & Keunikan Taman Tun Mustapha
- Reef Rescue Rangers : Misi Taman Tun Mustapha

10:55 Pagi

: Cabutan bertuah
: Sesi bergambar

11:00 Pagi

: Majlis Tamat


Fun Learning

Tentatif Program

Fun Learning With Experts

12 Julai 2025 (Sabtu)

9:30 Pagi

Pendaftaran Peserta

10:00 Pagi

Pengenalan program oleh pengacara majlis

10:15 Pagi

Sesi 1 : Insect Explorers - Discover The Tiny Heroes of Nature!
(Expert: Justinah Parantis)
Aktiviti Interaktif
Sesi Kuiz

  • Johan (RM150)
  • Naib Johan (RM100)
  • Ketiga (RM50)

11:00 Pagi

Sesi 2 : Mission Turtle : Protecting Our Marine Friends
(Expert : Nurfatimah Lanuri)
Aktiviti Interaktif
Sesi Kuiz

  • Johan (RM150)
  • Naib Johan (RM100)
  • Ketiga (RM50)

11:45 Pagi

Sesi bergambar

12:00 Tengahari

Majlis Tamat

Terbuka kepada Renjer Muda Taman-Taman Sabah yang berdaftar sahaja.
Penyertaan adalah PERCUMA
Setiap peserta yang hadir dan berdaftar layak mendapatkan e-sijil penyertaan.
INFO LANJUT:
Hubungi Urusetia RMT: 088-523537 (Arif)

Syarat Penyertaan & Hadiah Pertandingan

Pertandingan Kuiz

Pertandingan Kuiz Wonders of Sabah Parks : Tun Mustapha Park - Peringkat Kebangsaan Tahun 2025

i. Kategori Sekolah Rendah:
  • Terbuka kepada pelajar Darjah 1 hingga Darjah 6 dari sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
  • Peserta wajib mendaftar sebagai ahli Renjer Muda Taman-Taman Sabah di laman rasmi RMT: eeprogramme.sabahparks.org.my
Hadiah RM Extra
Pertama 300.00 e-sijil penghargaan
Kedua 200.00
Ketiga 100.00
ii. Kategori Sekolah Menengah:
  • Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dari sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
  • Peserta wajib mendaftar sebagai ahli Renjer Muda Taman-Taman Sabah di laman rasmi RMT: eeprogramme.sabahparks.org.my
Hadiah RM Extra
Pertama 300.00 e-sijil penghargaan
Kedua 200.00
Ketiga 100.00
  • Tarikh Kuiz Dibuka: 5 Julai 2025.
  • Tarikh Kuiz Ditutup: 19 Julai 2025 (12.00 tengah malam).
  • Platform: Atas talian (pautan kuiz akan dipaparkan di laman sesawang Renjer Muda Taman).
  • Kaedah Pemilihan Pemenang berdasarkan jawapan paling cepat dan tepat.
  • Pengumuman Keputusan akan dimaklumkan pada 31 Julai 2025 melalui media sosial rasmi Sabah Parks.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Pihak Penganjur berhak membuat sebarang perubahan terhadap format dan syarat pertandingan tanpa pemberitahuan awal.

Pertandingan Infografik

Pertandingan Poster Infografik

Tema : Small Steps, Big Impact : Junior Rangers for a Greener Future.

  • Terbuka kepada pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 17 tahun (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) di Malaysia sahaja.
  • Penyertaan adalah secara individu.
  • Penyertaan adalah percuma.
  • Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
  • Peserta wajib mendaftar sebagai ahli Renjer Muda Taman-Taman Sabah di laman rasmi RMT.

Syarat Pertandingan

  • Peserta boleh menggunakan sama ada Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris.
  • Peserta boleh memilih skop tertentu untuk menghasilkan poster tersebut, namun sumber dan data yang digunakan perlu tepat dan sahih . Nota kaki sumber dan tarikh data diambil adalah digalakkan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Poster yang dihantar hendaklah hasil kerja asli peserta sendiri dan tidak disunting atau dihasilkan dengan penggunaan teknologi AI. Sekiranya didapati poster yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan peserta akan dibatalkan serta-merta.
  • Setiap karya juga mestilah tidak pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan infografik. Penggunaan kamera sendiri sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera digital untuk menghasilkan grafik adalah dibenarkan. Penggunaan gambar hak cipta orang lain yang diambil melalui internet adalah dilarang. Walau bagaimanapun elemen atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-masing adalah dibenarkan.
  • Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian dan bahan (template atau rangka) yang sedia ada namun keupayaan dan kreativiti peserta yang akan membezakan penilaian dan pemarkahan juri.
  • Tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama serta politik dalam pembikinan video berkenaan.
  • Format poster yang ditetapkan adalah JPEG atau PNG bersaiz sekurang-kurangnya 2MB. Dimensi letter 8.5 x 11 inch (lanskap atau potret).

Format Penghasilan Poster

  • Saiz poster mestilah bersaiz A4 (lanskap atau potret).
  • Format digital yang diterima: JPEG atau PNG sahaja.
  • Kandungan mestilah berkaitan Hari Alam Sekitar Sedunia sahaja dan sesuai dengan tahap pemahaman murid sekolah menengah.
  • Penggunaan perisian grafik adalah dibenarkan, platform penghasilan visual mestilah melalui aplikasi Canva.
  • Poster hanya boleh dihasilkan secara digital.
  • Poster yang menyentuh isu sensitif (kaum, agama, politik) tidak akan diterima.
  • Peserta boleh menggunakan apa sahaja jenis peranti elektronik mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing.

Penghantaran Penyertaan

  • Peserta haruslah menghantar gambar seperti dalam format yang telah ditetapkan dan haruslah menyertakan link Canva untuk hasil kerja tersebut melalui fail Google Drive khas yang akan disediakan oleh penganjur kelak.
  • instruction
    Arahan Untuk Canva: Sila Tekan Butang Share (Penunjuk Anak Panah) dan Copy Link (Yang Dibulatkan Hitam) dan hantar bersama hasil kerja peserta.
  • Sila Tukar Access level (Yang Dibulatkan Hijau) ke Can View dan tetapkan kepada Anyone with the link.
  • Tarikh tutup penyertaan: 19 Julai 2025 (12.00 tengah malam)

Penilaian

  • Poster akan dinilai berdasarkan:
    - Kesesuaian Tema (20%)
    - Ilustrasi dan Visual (30%)
    - Kreativiti (30%)
    - Kebersihan dan Kekemasan (20%)
Hadiah RM Extra
Pertama 300.00 e-sijil penghargaan
Kedua 200.00
Ketiga 100.00

Penafian

  • Pihak Taman-Taman Sabah berhak menggunakan mana-mana poster yang dihantar sebagai bahan rujukan, promosi atau aktiviti lain pada masa akan datang. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju memberikan kebenaran kepada pihak penganjur untuk menggunakan hasil karya tersebut tanpa sebarang bayaran.
Scroll