Siri 1 : Junior Nature Environmentalist
Terdapat 7 modul Pendidikan alam sekitar berasaskan flora, fauna dan alam sekitar ikonik yang berkisar tentang kekayaan alam sekitar di taman perlindungan negeri Sabah. Program disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman luas di dalam menjalankan penyelidikan alam semulajadi. Pelajar sekolah dari kumpulan sasaran perlu mengikuti semua 7 siri modul dan kuiz untuk berpeluang memenangi hadiah.
Siri 2 : Program Bulan Renjer Muda Taman-Taman Sabah
Hari Renjer Sedunia disambut di seluruh dunia pada 31 Julai untuk meraikan kerja yang dilakukan oleh Renjer untuk melindungi khazanah alam semulajadi dan warisan budaya. Bagi meraikan sambutan hari tersebut, Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan dengan kerjasama Bahagian Digital dan Inovasi merancang untuk menganjurkan Bulan Muda Taman secara dalam talian selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Seluruh Negeri Sabah.
Siri 3 Virtual Tour : Wonders of Sabah Parks
Siri ketiga iaitu Virtual Tour, Wonders of Sabah Parks telah diadakan pada 6 - 30 November 2021. Program tersebut membawa pelajar melawat secara maya melalui aplikasi zoom dan youtube ke kawasan-kawasan Taman seperti Taman Botanikal di Taman Kinabalu, Pusat Konservasi Penyu di Taman Pulau-Pulau Penyu, Pusat Konservasi Orkid Poring dan Mangrove Nature Trails di Pulau Gaya, Taman Tunku Abdul Rahman.