Pengenalan
Taman-Taman Sabah
Taman-Taman Sabah merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar negeri Sabah dan berperanan dalam mengurus serta melindungi 6 buah taman marin dan 3 buah taman daratan di negeri Sabah. Program Pendidikan Alam Sekitar merupakan salah satu fungsi utama Taman-Taman Sabah dan telah aktif dalam penyampaian mesej serta amanat pemuliharaan alam sejak tahun 80-an.
Program Pendidikan
Taman-Taman Sabah mempunyai galeri pameran di setiap taman dan Taman-Taman Sabah juga telah menjalankan pelbagai program Pendidikan alam sekitar kepada pelawat dan pelajar sekolah serta mengadakan pameran luar untuk orang awam.

Renjer Muda Taman Berdaftar
- Jumlah data renjer muda taman yang berdaftar dikemaskini secara langsung berdasarkan pengguna yang telah berdaftar.
++
Renjer Muda Taman
Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah Siri 1 : Pelindung Fauna Terestrial
Taman-Taman Sabah merancang untuk menganjurkan Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah Siri 1: Pelindung Fauna Terestrial bersempena Hari Hidupan Liar Sedunia 2022. Hari Hidupan Liar Sedunia yang disambut pada 3 Mac setiap tahun dan pada tahun ini tema sambutan adalah "Recovering key species for ecosystem restoration".
Ikuti Melalui Pautan Zoom
Garis Masa Program
Berikut merupakan senarai garis masa program bagi sepanjang bulan bagi Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah Siri 1: Pelindung Fauna Terestrial.
05 Mac 2022 (Sabtu)
Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah Siri 1 : Pelindung Fauna Terestrial, Chit Chat RMT

1 - 20 Mac 2022 (Diadakan sepanjang bulan)
Pertandingan Tik Tok Renjer Muda Taman-Taman Sabah: Pelindung Fauna Terestrial.
Tema : "Melindungi & Memulihara Fauna Terestrial untuk 1,000 Tahun akan datang"

Pertandingan Kuiz
Pertandingan kuiz akan diadakan pada 5 Mac 2022. Kategori pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kategori Pelajar Sekolah Rendah, Kategori Pelajar Sekolah Menengah dan Kategori Orang Awam. Setiap penyertaan dalam kuiz akan menerima e-sijil penyertaan.


Pertandingan Tik Tok Renjer Muda Taman-Taman Sabah
Hadiah Pemenang
Kategori | 7 - 12 tahun | 13 - 17 tahun | 18 tahun ke atas |
---|---|---|---|
Johan | RM200 | RM300 | RM300 |
Naib Johan | RM150 | RM200 | RM200 |
Tempat Ke-3 | RM100 | RM100 | RM100 |
Saguhati (10 Pemenang) | RM50 | RM50 | RM50 |
Fan Favourite (1 Pemenang) | RM300 |