Senarai Pemenang Pertandingan Kuiz RMT : Penjelajah Lautan Peringkat Kebangsaan
Sr Roslizan, Sr Eddy & Sr Impui
The Guardias of Pulau Tiga Park
Sr Raff & Sr Kamin
Beneath The Waves: Exploring The Marine Ecosystem of Pulau Tiga Parkk
Sr Awang & Sr Nezza
Unveiling The Mysteries : The Mangrove & Mud Volcano of Pulau Tiga Park
Renjer Muda Taman Berdaftar
- Jumlah data renjer muda taman yang berdaftar dikemaskini secara langsung berdasarkan pengguna yang telah berdaftar.
++
Renjer Muda Taman
Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah: Penjelajah Lautan Peringkat Kebangsaan 2023 : “Wonders of Pulau Tiga Park”
Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah: Penjelajah Lautan Peringkat Kebangsaan 2023 merupakan anjuran Taman-Taman Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Program yang dianjurkan bersempena dengan Hari Laut Sedunia ini akan dilaksanakan pada 1 Julai 2023 secara dalam talian. Program ini menyasarkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah daripada seluruh Malaysia.
Garis Masa Program
Berikut merupakan senarai garis masa program sepanjang bulan bagi Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah : Penjelajah Lautan - Wonders of Pulau Tiga Park
1 Julai 2023
Pelancaran Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah : Penjelajah Lautan
1 - 15 Julai 2023
Pertandingan Kuiz diadakan.
22 Julai 2023
Pengumuman pemenang kuiz.
Pertandingan Kuiz
Syarat Penyertaan
- Penyertaan adalah percuma;
-
Terbuka kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia dengan kategori berikut:
- Sekolah Rendah
- Sekolah Menengah
- Tingkatan 6/Pra-U
- Setiap penyertaan layak mendapat e-sijil penyertaan Peringkat Kebangsaan;
- Peserta perlu mendaftar sebagai Renjer Muda Taman-Taman Sabah di paltform website: https://eeprogramme.sabahparks.org.my/ kemudian log in untuk menyertai pertandingan kuiz.
- Soalan kuiz adalah berdasarkan video Wonders of Pulau Tiga Park yang ditayangkan semasa program;
- Pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi dan sekiranya terdapat peserta yang mendapat markah tertinggi yang sama, kepantasan menjawab soalan kuiz akan dipilih sebagai pemenang.