Pertandingan Mencipta & Mendeklamasi Sajak

Tema : Memupuk Kesedaran Pemimpin Muda | Taman Sihat, Minda Sihat

Pertandingan Mencipta & Mendeklamasi Renjer Muda

Memupuk Kesedaran Pemimpin Muda | Taman Sihat, Minda Sihat

Blog Single

TARIKH BUKA PENYERTAAN: 1 JULAI 2021
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 24 JULAI 2021
PENGUMUMAN PEMENANG: 31 JULAI 2021 (SIARAN LANGSUNG ZOOM & FACEBOOK SABAH PARKS)

SYARAT UMUM PENYERTAAN:

1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah & pelajar pra-universiti (Tingkatan 6) di negeri Sabah sahaja.
2. Penyertaan adalah PERCUMA
3. Pertandingan dibahagikan kepada 2 bahagian:
      a. KATEGORI A : Pelajar Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 -3)
      b. KATEGORI B : Pelajar Sekolah Menengah Atas & Pra – U (Tingkatan 4 -6)
4. Hanya satu (1) penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap individu.
5. Penyertaan dihantar melalui pengisian GOOGLE FORM melalui pautan yang disediakan.
6. Semua video yang diterima akan menjadi hak milik Taman-Taman Sabah dan tidak akan dikembalikan. Taman-Taman Sabah berhak terhadap video yang dipilih sama ada untuk dipinda atau diubah suai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan atau dicetak dalam mana-mana acara rasmi dan bahan promosi lain yang difikirkan wajar tanpa perlu membuat sebarang notis atau bayaran kepada peserta.
7. Penyertaan tidak lengkap akan dikecualikan oleh penganjur.

SPESIFIKASI PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK:

1. Penyertaan adalah dalam bentuk penulisan sajak & rakaman video dengan durasi maksimum 5 minit (minimum 1 minit).
2. Penyampaian sajak dalam BAHASA MALAYSIA
3. Deklamasi sajak secara solo & bukan berkumpulan
4. Rakaman video dalam format mp4 dan kualiti 720p keatas. Saiz rakaman maksimum ialah 300Mb.
5. Penulisan dalam format Word Document (.doc).
6. Video hendaklah dihantar menggunakan pautan link Google Form dengan mengisi butiran peribadi peserta.
7. Penghantaran video adalah melalui Google Form yang akan diberikan.
8. Penyediaan sajak mestilah menepati tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
9. Skrip dan rakaman video yang dihasilkan mestilah ASLI terbitan sendiri & tidak mengandungi sebarang pengisian yang melanggar sensitiviti masyarakat umum.
10. Peserta bebas untuk menggunakan kostum sopan & latarbelakang yang sesuai.
11. Penggunaan alatan persembahan (prop) dibenarkan.
12. Video yang diambil harus dalam 1 rakaman sahaja (single take), penggunaan efek video (seperti transition, slides, sticker, video filter dll.) & suntingan tidak dibenarkan.
13. Peserta dibenarkan untuk bergerak di atas pentas mengikut kesesuaian sajak yang dibacakan, tetapi pergerakan yang tidak sesuai boleh mengurangkan markah.
14. Sajak yang dibacakan perlu dihafal peserta semasa deklamasi.
15. Sebarang pindaan tertakluk kepada pihak penganjur.

KRITERIA PENILAIAN

1. Memenuhi tema yang ditetapkan.
2. Suara (vokal, intonasi, nada, kelancaran intonasi)
3. Teknik penyampaian (bahasa tubuh, mimik muka, penghayatan, penampilan)
4. Penulisan sajak.
5. Keputusan panel juri yang dilantik adalah muktamad. Catatan pemarkahan oleh juri adalah SULIT dan RAHSIA.

Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada urus setia pertandingan melalui telefon atau e-mel:

Urusetia
No. Tel.: 088-523537
Email: sabahparks.education@gmail.com
Laman web: https://eeprogramme.sabahparks.org.my/