Pertandingan Rekacipta Logo Renjer Muda

Tema : Memupuk Kesedaran Pemimpin Muda | Taman Sihat, Minda Sihat

Pertandingan Rekacipta Logo Renjer Muda

Memupuk Kesedaran Pemimpin Muda | Taman Sihat, Minda Sihat

Blog Single

TARIKH BUKA PENYERTAAN: 1 JULAI 2021
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 24 JULAI 2021
PENGUMUMAN PEMENANG: 31 JULAI 2021 (SIARAN LANGSUNG ZOOM & FACEBOOK SABAH PARKS)

SYARAT UMUM PENYERTAAN:

1.  Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1-5) & pelajar pra-universiti (Tingkatan 6) daripada seluruh negeri Sabah.
2.  Penyertaan adalah PERCUMA.
3.  Hanya satu (1) penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap individu.
4.  Penyertaan melalui pengisian GOOGLE FORM melalui pautan yang disediakan.
5.  Semua logo yang diterima akan menjadi hak milik Taman-Taman Sabah dan tidak akan dikembalikan. Taman-Taman Sabah berhak terhadap logo yang dipilih sama ada untuk dipinda atau diubah suai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan atau dicetak dalam mana-mana acara rasmi dan bahan promosi lain yang difikirkan wajar tanpa perlu membuat sebarang notis atau bayaran kepada peserta.
6.  Penganjur BERHAK mengubah suai dan meminda reka bentuk logo yang diterima sekiranya perlu.
7.  Logo yang dihasilkan mestilah asli ciptaan sendiri. Sebarang rekaan yang ditiru/diciplak daripada mana-mana logo tempatan mahu pun luar Negara akan terbatal secara automatik.
8.  Penyertaan tidak lengkap akan dikecualikan oleh penganjur.

SPESIFIKASI PERTANDINGAN MEREKA LOGO:

1. Peserta dibenarkan mereka bentuk logo dan dihantar mengikut format berikut:
• Logo dilukis menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) dan digambar dalam format JPEG ataupun;
• Logo direka bentuk menggunaakn perisian yang bersesuaian dalam format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 (dpi).
2. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan dapat menterjemah fungsi logo. Penerangan adalah dalam BAHASA MALAYSIA.
3. Logo hendaklah dihantar menggunakan pautan link Google Form dengan mengisi butiran peribadi peserta.
4. Rekaan logo mestilah menepati tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur
5. Logo hendaklah merangkumi elemen Renjer Muda Taman berfokuskan “Lautan, Hutan, Hidupan Liar dan/atau Sungai”.
6. Reka bentuk logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi enam (6) warna.
7. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.
8. Logo hendaklah mempunyai perkataan “Renjer Muda Taman”.
9. Sebarang pindaan tertakluk kepada pihak penganjur.

KRITERIA PENILAIAN

1. Memenuhi tema yang ditetapkan.
2. Penggunaan warna yang bersesuaian.
3. Kreativiti dan mesej disebalik logo.
4. Keaslian.
5. Keputusan panel juri yang dilantik adalah muktamad. Catatan pemarkahan oleh juri adalah SULIT dan RAHSIA.

Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada urus setia pertandingan melalui telefon atau e-mel:

Urusetia
No. Tel.: 088-523537
Email: sabahparks.education@gmail.com
Laman web: https://eeprogramme.sabahparks.org.my/