Pertandingan Bercerita

Tema : Memupuk Kesedaran Pemimpin Muda | Taman Sihat, Minda Sihat

Pertandingan Bercerita

Memupuk Kesedaran Pemimpin Muda | Taman Sihat, Minda Sihat

Blog Single

TARIKH BUKA PENYERTAAN: 1 JULAI 2021
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 24 JULAI 2021
PENGUMUMAN PEMENANG: 31 JULAI 2021 (SIARAN LANGSUNG ZOOM & FACEBOOK SABAH PARKS)

SYARAT UMUM PENYERTAAN:

1.  Terbuka kepada pelajar sekolah rendah di seluruh negeri Sabah sahaja.
2.  Penyertaan adalah PERCUMA.
3.  Pertandingan dibahagikan kepada 2 KATEGORI:
      a. KATEGORI A : Sekolah Rendah Tahap 1 (Darjah 1-3)
      b. KATEGORI B : Sekolah Rendah Tahap 2 (Darjah 4-6)
4.  Setiap peserta hanya dibenarkan untuk 1 PENYERTAAN SAHAJA untuk setiap pertandingan.
5.  Penyertaan melalui pengisian GOOGLE FORM melalui pautan yang disediakan.
6.  Semua video yang diterima akan menjadi hak milik Taman-Taman Sabah dan tidak akan dikembalikan. Taman-Taman Sabah berhak terhadap video yang dipilih sama ada untuk dipinda atau diubah suai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan atau dicetak dalam mana-mana acara rasmi dan bahan promosi lain yang difikirkan wajar tanpa perlu membuat sebarang notis atau bayaran kepada peserta.
7.  Penyertaan tidak lengkap akan dikecualikan oleh penganjur.

SPESIFIKASI PERTANDINGAN BERCERITA:

1.  Penyertaan adalah dalam bentuk skrip cerita dan rakaman video berdurasi pendek (5-8 minit).
2.  Penyampaian cerita dalam BAHASA MALAYSIA.
3.  Rakaman video dihasilkan dalam format mp4 dan kualiti 720p keatas.
4.  Video hendaklah dihantar menggunakan pautan link Google Form dengan mengisi butiran peribadi peserta.
5.  Penyediaan skrip mestilah menepati tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
6. Skrip dan rakaman video yang dihasilkan mestilah ASLI terbitan sendiri dan tidak mengandungi sebarang pengisian yang melanggar sensitiviti masyarakat umum.
7. Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.

KRITERIA PENILAIAN

1.  Memenuhi tema yang ditetapkan.
2.  Kreativiti dalam mencipta video.
3.  Teknik penyampaian (bahasa tubuh, mimik muka, penghayatan, penampilan)
4.  Mesej yang disampaikan.
5.  Keputusan panel juri yang dilantik adalah muktamad. Catatan pemarkahan oleh juri adalah SULIT dan RAHSIA.

Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada urus setia pertandingan melalui telefon atau e-mel:

Urusetia
No. Tel.: 088-523537
Email: sabahparks.education@gmail.com
Laman web: https://eeprogramme.sabahparks.org.my/